Tuesday, February 28, 2017

Pembiayaan Semula Rumah @ Refinancing


Pembiayaan semula rumah atau refinancing adalah satu proses pertukaran gadaian dari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Contoh institusi kewangan di malaysia seperti bank, MBSB, syarikat atau organisasi yang menyediakan pakej pembiayaan kepada kakitangan. Selain itu juga, rumah yang tidak mempunyai gadaian dengan mana-mana institusi kewangan juga boleh membuat pembiayaan semula.

Pembiayaan semula rumah mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Bagi pelabur hartanah, pembiayaan semula hartanah adalah satu teknik bagi menambah koleksi hartanah apabila hasil daripada pembiayaan semula dijadikan modal bagi membeli rumah. Sebaliknya bagi orang yang tidak bijak menguruskan kewangan, pembiayaan semula akan meningkatkan bebanan hutang untuk jangkamasa pendek dan panjang. Oleh itu pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan yang bertauliah.

Monday, February 27, 2017

6 Faktor Perlu Pembiayaan Semula (Refinancing)



Pembiayaan Semula atau lebih sinonim disebut ‘refinancing‘, merupakan salah satu cara pelabur hartanah mendapatkan modal untuk meneruskan pembelian hartanah berikutnya.
Malah cara ini turut dijadikan silibus pilihan bagi kebanyakan modul seminar hartanah dan turut dimuatkan ke dalam setiap buku berkaitan pelaburan hartanah.
Tetapi masih ramai yang kurang pasti tentang keperluan pembiayaan semula ini. Akibatnya ramai yang sekadar mengikut orang dan hasilnya, lebihan wang yang diperoleh menjadi sia-sia sahaja.
Bagi memudahkan khalayak pembaca untuk membuat keputusan berkaitan perkara ini, di sini saya sertakan beberapa faktor yang perlu anda perhalusi sebelum membuat keputusan samaada perlu atau tidak pembiayaan semula ini dilakukan.

Sunday, February 26, 2017

Semak Baki Hutang Sebelum Jual @ Refinance Rumah



Kali ni tajuk yang dipilih nampak ringkas sahaja tetapi memberi impak yang besar sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Ia akan memberi kesan yang agak besar kerana pemilik hartanah atau rumah perlu mengeluar duit sendiri di atas kesilapan yang berlaku. Kesilapan yang boleh dielakkan sekiranya menyemak baki hutang daripada pihak bank atau mana-mana institusi kewangan sebelum membuat keputusan menjual rumah atau membuat pembiayaan semula (refinancing).

Bagi yang merancang untuk menjual rumah dalam masa terdekat, anda digalakkan mendapatkan jumlah baki hutang bagi rumah tersebut. Baki hutang tersebut akan menentukan berapa keuntungan yang akan diperolehi apabila rumah tersebut terjual.

Friday, February 24, 2017

“BERBALOI KE NAK REFINANCE?”


Ini antara soalan paling popular:

“BERBALOI KE NAK REFINANCE?”
Secara umumnya pasaran hartanah di Malaysia meningkat setiap tahun dan peningkatan ini memberikan kelebihan kepada pemilik hartanah. Oleh itu pembiayaan semula rumah (refinance) akan memberi lebihan wang tunai hasil peningkatan ini.
Lebihan tunai ini sesuai bagi anda memerlukan modal bagi pelaburan samada emas atau perak, duit deposit pembelian rumah, modal ubahsuai rumah (renovation) dan sebagainya.
Maksimum lebihan tunai adalah 90% daripada harga pasaran semasa ditolak dengan baki pembiayaan sediaada. Jumlah lebihan tunai boleh diambil maksimum atau sebahagian.

Thursday, February 23, 2017

Bilakah masa anda membuat pembiayaan semula?



Bilakah anda perlu untuk membuat pinjaman semula (refinancing) pinjaman rumah? Ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membuat pinjaman semula, antaranya :-

Wednesday, February 22, 2017

Hasil Sewaan Sebagai Pendapatan



Selain pendapatan tetap, pihak bank juga mengambil kira pendapatan-pendapatan lain seperti hasil kutipan rumah sewa.

Ini secara tidak langsung akan menaikkan jumlah pendapatan. Dengan harapan kiraan Debt Service Ratio (DSR) lebih rendah dan seterusnya permohonan akan diluluskan.

Tuesday, February 21, 2017

2 Tujuan Utama Refinance Biaya Semua Rumah


Pembiayaan semula rumah atau refinancing adalah satu proses pertukaran gadaian dari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Contoh institusi kewangan di malaysia seperti bank, MBSB, syarikat atau organisasi yang menyediakan pakej pembiayaan kepada kakitangan. Selain itu juga, rumah yang tidak mempunyai gadaian dengan mana-mana institusi kewangan juga boleh membuat pembiayaan semula.



Cara Dapatkan Baki Pembiayaan



Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah dapatkan baki hutang terkini daripada bank. Terutamanya bagi anda yang merancang membuat pembiayaan semula bagi baki pinjaman atau pembiayaan.

Bagi yang ingin mendapatkan lebihan tunai, baki pinjaman juga penting. Ini akan memberi gambaran awal berapa wang tunai yang akan diperolehi nanti.

Sunday, February 19, 2017

5 Kebaikan Refinance Rumah

5 Antara Kebaikan Refinance Rumah adalah:



 1.Jimat beribu-ribu ringgit
 Apabila kita dapat pinjaman baru yang berinterestrendah untuk refinance rumah, anda boleh berjimat sehingga 50%daripada pembayaran pinjaman perumahan!

2.Pinjaman tunai dengan opsyen cash out
Anda layak dapat pinjaman tunai sekiranya nilairumah anda melebihi baki pinjaman yang tinggal.

Thursday, February 16, 2017

7 Sebab Kebiasaan Kenapa Refinance Rumah




Anda terfikir untuk refinance rumah anda? Kenapa nak refinance? Banyak sebab orang nak refinance rumah mereka. Antaranya:-

1. Jimat kadar keuntungan/interest
2. Menurunkan Ansuran Bulanan – Pertambahan tahun bayar pinjaman
3. Memerlukan modal perniagaan (selalu dilakukan oleh peniaga)

Wednesday, February 15, 2017

5 Sebab Mengapa Perlu Refinance Rumah



Terdapat 5 sebab mengapa pemilik rumah membuat keputusan untuk refinance. Antara sebab-sebab utama adalah;

Jimat Interest dan Duit
Oleh kerana amaun pinjaman yang terlibat besar dan tempoh pinjaman lama, penjimatan dua atau tiga peratus interest akan membawa kepada penjimatan wang yang banyak kepada peminjam. Sekiranya anda sekarang sedang membayar hutang pinjaman yang kadar faedahnya tinggi, maka anda perlu mempertimbang sama ada untuk refinance khasnya apabila kadar pinjaman perumahan rendah.

Monday, February 13, 2017

Kewangan & Pelaburan Dalam Refinance Rumah




Ok. Kali ini saya ingin kongsikan cara-cara refinance rumah atau kata lain gadai rumah yang dibeli kepada bank baharu@ jika rumah telah menjadi hak anda dan anda akan gadai  ke bank.

Sebelum ke bank untuk mendapatkan borang-borang.
Sediakan:
1. Slip gaji
2. Salinan Geran rumah
3. Salinan IC

Sunday, February 12, 2017

Mesti Baca: 3 Kelebihan REFINANCE RUMAH



Setelah bertahun membayar ansuran pembiayaan perumahan, selalunya baki hutang di bank pasti akan berkurangan. Dalam masa yang sama, nilai harga pasaran rumah akan meningkat juga. Ini memberi peluang kepada kita untuk refinance rumah.

Ramai sangat bertanya SRR (Servis Refinance Rumah), “Berbaloi ker Refinance Rumah nie?”
Jawapan nie agak susah nak jawap sebabnya setiap orang ada kisah yang berlainan. Cuma anda yang mengetahui, patutkah anda refinance rumah?

Di sini SRR akan memberi sedikit ilmu mengenai refinance rumah. Moga-moga dapat membantu anda dalam membuat keputusan nanti.

Kebanyakkan orang refinance rumah sebab nak dapat “cash out” atau erti kata lain duit lebihan dari refinance rumah. Tetapi ada juga segelintir yang nak refinance rumah sebab kadar faedah bank yang tinggi (high interest rates).

Thursday, February 9, 2017

Kelebihan-Kelebihan Membiayai Semula Pinjaman Rumah Anda



Mengurangkan Faedah Pinjaman Rumah Anda
Mengambil kesempatan atas perubahan dalam Kadar Pinjaman Asas (yang mempengaruhi kadar faedah pinjaman rumah), pembiayaan semula adalah cara terbaik untuk mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah anda sekiranya anda memohon ketika KPA menurun atau ketika kadar faedah yang lebih baik ditawarkan oleh bank.

Tuesday, February 7, 2017

Nak Lanjut Tempoh Pinjaman Atau Pendekkan Tempoh Pinjaman Rumah?



Melanjutkan Tempoh Pinjaman Anda
Pembiayaan semula pinjaman rumah membolehkan anda mengubah tempoh pinjaman anda bergantung kepada keperluan semasa anda. Jika anda mempunyai isu-isu aliran wang bulanan, mengambil pelan pembiayaan semula dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang membolehkan anda membayar dengan jumlah wang yang lebih kecil dalam ansuran bulanan, dan meninggalkan lebih banyak baki daripada pendapatan bulanan anda untuk kegunaan peribadi. Ini sangat berguna terutamanya bila komitmen anda bertambah, seperti membeli kereta baru atau membayar kemasukan anak ke pendidikan tertiari.

Memendekkan Tempoh Pinjaman Anda
Sebagai sambungan daripada poin sebelum ini, katakan anda sekarang lebih stabil dari segi kewangan berbanding dengan pertama kali anda mengambil pinjaman rumah, dan anda berfikir untuk mengurangkan tempoh pinjaman anda (cth daripada 30 tahun ke 10 tahun) untuk menjimatkan kos faedah anda; pembiayaan semula pinjaman rumah adalah pilihan yang membolehkan anda berbuat demikian, terutamanya jika anda pada ketika ini terlibat dengan pakej pinjaman rumah tanpa pilihan-pilihan bayaran pendahuluan yang fleksibel.

5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah 2017


Sekiranya anda membuat pertimbangkan untuk Refinance Rumah bagi mendapatkan duit tambahan bagi menyelesaikan pinjaman peribadi, kredit kad, pengubahansuaian rumah atau untuk bantuan perubatan dan sebagainya.

Mungkin ramai yang ingin refinance rumah tetapi tidak tahu di mana ingin dimulakan. Usah risau atau panik, baca artikel  ini dan semoga anda mendapat panduan.

Monday, February 6, 2017

Cara-Cara Refinance Rumah.



Ada 11 yang anda wajib tahu
Jadi bagaimana nak refinance rumah? Secara ringkasnya, saya jelaskan seperti di bawah ni:

1: Wajib ada rumah
Kalau takde rumah, tak payah cerita. Nak refinance kan? Korang mestilah ada sebuah rumah yang masih dibayar ansuran bulanan.
Kalau rumah baru beli, pun tak payah cerita. Kecuali kalau kita dah tau harga pasaran rumah tu dah naik banyak.

Sunday, February 5, 2017

Apa sebab orang buat refinancing?


Ini antara soalan paling popular:

“BERBALOI KE NAK REFINANCE?”

Yang ni, susah saya nak jawab sebab setiap kes berbeza.
Pada kebiasaannya, ada 2 sebab utama orang refinance rumah:

Thursday, February 2, 2017

Cara Dapatkan Harga Pasaran Semasa



Kelebihan memiliki hartanah ialah peningkatan nilai pasaran setiap tahun. Jika dilihat pada hari ni rata-rata rumah yang dijual pada harga RM 400,000, dibeli pada harga RM 200,000. Peningkatan ini hanya dalam 3-4 tahun sahaja.

“Jadi apa kaitan dengan pembiayaan semula hartanah?”

Harga pasaran semasa penting bagi anda yang merancang untuk pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai. Berikut cara mendapatkan harga pasaran semasa :

Featured Post

Refinance Dapat Turunkan Interest???

Ada yang bertanya berkenaan kempen kami berkenaan  # pembiayaanSemula  dan dapatkan  # lebihanTunai  atau cash out. "Boleh ke ...