Pages

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Thursday, January 26, 2017

Wednesday, January 25, 2017

Pembiayaan Semula, Lebihan Tunai & 10 Tahun



Diharapkan tulisan ini dapat memberi panduan kepada anda yang merancang membuat pembiayaan semula @ refinance rumah bagi mendapatkan lebihan tunai.
Rata-rata orang ramai agak keliru dengan maklumat sekeliling apabila Bank Negara mengumumkan polisi terbaru berkaitan lebihan tunai. Info lanjut berkenaan polisi tersebut layari di sini.
Info penting yang perlu anda ketahui, pembiayaan semula masih boleh dibuat seperti biasa. Cuma perbezaannya pada jumlah lebih tunai yang boleh diperolehi.

Tuesday, January 24, 2017

Tiada Tunggakan & CTOS Bersih




Tiada Tunggakan & CTOS Bersih
Bagi pastikan anda boleh refinance samada bagi mendapatkan Wang Tunai atau kadar interest yang lebih rendah. Pastikan tiada tunggakan bayaran bulanan atau nama anda tiada dalam CTOS.
Kebanyakan bank menolak sekiranya ada masalah CTOS. Sekiranya masalah CTOS yang kecil, itu boleh diuruskan.

Monday, January 23, 2017

Bila Sesuai Nak Buat Pembiayaan Semula?




Bila Waktu Sesuai Buat Pembiayaan Semula?

Kenapa nak refinance? berbaloi atau tidak? Ada penalti? Kos-kos lain?
Macam-macam persoalan bagi yang tiada pengalaman dalam pembiayaan semula. Tentunya ada kelebihan tapi cuba tengok sesuai ke nak refinance sekarang.

Sunday, January 22, 2017

Refinance Rumah Dapat Kereta Baru...???



 Hutang isi rumah di Malaysia pun pada tahap yang tinggi.
Tahukah anda #pembiayaanSemula dapat menjimatkan kos interest?
Penjimatan bukan RM 50 atau RM 100 tetapi berpuluh ribu. Ada yang ratusan ribu. Ini gara-gara interest pinjaman terlalu tinggi.

Thursday, January 19, 2017

Selesai & Satukan Hutang Anda !


  • Hutang Kad Kredit tak habis-habis ?
  • Pening hujung bulan bayar banyak bank ?
  • Interest Terlalu Tinggi?
  • Alternatif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Objektif ini juga dikenali sebagai Debt Consolidation di mana semua hutang kad kredit atau hutang lain akan diselesaikan atau disatukan kepada satu hutang sahaja. Ini bermakna selepas lakukan refinance rumah, anda hanya perlu membayar satu hutang sahaja iaitu pembiayaan rumah.

Wednesday, January 18, 2017

Refinance Dapat Turunkan Interest???



Ada yang bertanya berkenaan kempen kami berkenaan #pembiayaanSemula dan dapatkan #lebihanTunai atau cash out.
"Boleh ke buat pembiayaan semula dan turunkan interest?"

Tuesday, January 17, 2017

Refinance Berbaloi Atau Tidak ?

Ramai yang tanya samada call/sms/whatapps/pm samada berbaloi atau tidak kalau refinance sekarang.


Jawapan segera memang tak de. Berbaloi atau tidak bergantung pada objektif anda.

Objektif refinance seperti :

- Nak dapat wang tunai untuk modal pelaburan atau perniagaan.
- turunkan interest

Monday, January 16, 2017

Cara-Cara Dapatkan Baki Pembiayaan

Cara Dapatkan Baki Pembiayaan...??
Bagaimana anda nak dapatkan baki hutang tersebut?

Ok , admin kongsikan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah dapatkan baki hutang terkini daripada bank.


·         Terutamanya bagi anda yang merancang membuat pembiayaan semula bagi baki pinjaman atau pembiayaan.

·         Bagi yang ingin mendapatkan lebihan tunai, baki pinjaman juga penting. Ini akan memberi gambaran awal berapa wang tunai yang akan diperolehi nanti.

·         Setiap tahun pihak bank akan menghantar penyata pembiayaan kepada kita. Tetapi bukan baki di penyata ini yang diperlukan. Sebab maklumat dalam penyata ini berdasarkan tempoh pinjaman yang diluluskan pada peringkat awal.

4 Teknik Dapatkan Harga Semasa Rumah




Hari ni admin nak share bagaimana nak dapatkan harga pasaran rumah sekarang. Harga pasaran rumah adalah penting supaya kita dapat bayaran yang setimpal bila kita biaya semula atau refinace rumah kita.

Harga pasaran semasa penting bagi anda yang merancang untuk pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai. Berikut cara mendapatkan harga pasaran semasa :

# 1. Rujuk Iklan Rumah Untuk Dijual
Guna enjin carian google bagi mendapat info berkenaan rumah untuk dijual di kawasan anda. Selain itu boleh rujuk portal jual beli hartanah seperti iproperty, propertyguru, propwall atau mudah.my.
Cuba dapatkan 2-3 iklan yang hampir sama dengan rumah anda. Anggaran harga pasaran kebiasaannya kurang RM 5,000 ke RM 10,000 dari harga iklan tersebut.

#2. Ejen Hartanah
Daripada iklan rumah untuk dijual seperti di #1, boleh hubungi ejen hartanah tersebut berkenaan harga pasaran semasa. Selalunya ejen hartanah akan mendapatkan harga pasaran semasa sebelum naikkan iklan.

#3. Pegawai Bank
Anda boleh pergi terus ke cawangan bank berhampiran. Sekiranya pegawai bank tersebut tidak maklumat mengenai harga pasaran rumah anda, pegawai tersebut akan rujuk panel jurunilai bank tersebut.

Sunday, January 8, 2017

Syarat Refinance Rumah



Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat bagi refinance rumah :
Tiada masalah tunggakan bayaran bulanan.
Tiada masalah CCRIS atau CTOS.
Tiada dalam senarai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Gaji kasar lebih daripada RM 4,500 sebulan.
Hartanah di dalam kawasan Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.
Jumlah pembiayaan semula mesti lebih daripada RM 150,000.
Flat kos rendah dengan keluasan 650 kaki persegi tidak termasuk dalam pakej ini.