Pages

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Jangan Biarkan Harta Anda Dibekukan

Saturday, December 31, 2016

Cara Baca CCRIS Report Untuk Pinjaman Rumah


Sekiranya anda membuat pertimbangkan untuk Refinance Rumah bagi mendapatkan duit tambahan bagi menyelesaikan pinjaman peribadi, kredit kad, pengubahansuaian rumah atau untuk bantuan perubatan dan sebagainya.


Mungkin ramai yang ingin refinance rumah tetapi tidak tahu di mana ingin dimulakan. Usah risau atau panik, baca artikel  ini dan semoga anda mendapat panduan.



1.     Semak CCRIS Report

Ya, semak CCRIS report. Kenapa penulis meletakkan sebagai tugasan yang paling penting?

Kerana CCRIS report memainkan peranan yang agak besar, andai kata anda mempunyai CCRIS report yang kurang cantik. Anda tidak boleh meneruskan untuk “ Refinance Rumah”, walaupun rumah anda bernilai RM1 juta pun tak berguna kerana tiada bank yang ingin memberi kelulusan.

Tapi usah risau, kadang kadang ada cara “ ajaib” untuk menolong anda begantung kepada sebab CCRIS anda “ tak cantik”.  Kami akan cuba sedaya yang mampu.

Untuk anda yang tidak mengetahui “CCRIS Report”, CCRIS Report menunjukkan karakter pembayaran balik pinjaman anda, andai kata pinjaman peribadi sudah 2 bulan tidak berbayar, maka report ini akan menyatakan 2 bulan tunggakkan.

CCRIS report boleh menunjukkan pembayaran balik selama setahun. Dalam masa setahun setiap pembayaran pinjaman dengan bank akan direkodkan.



Sebagai contoh, anda mempunyai 3 bulan tertunggak pada May tahun lepas (2015). Dan sekarang anda telah membayar dengan tepat, tiada lagi tunggakan. Apabila, bank membuat analisis karakter, mereka akan rasa ragu-ragu untuk memberi kelulusan kerana anda mempunyai karakter untuk tidak membayar pinjaman atau membiarkan ia tertunggak.

Andai kata, anda tidak tahu untuk membaca CCRIS report, anda boleh menghantar kepada kami dan kami boleh menolong untuk mentafsirkannya.

Kenapa penting sangat nak cetak CCRIS report? Bank boleh cetak jugak.

Oh ya bank boleh cetak.  Tetapi, bila pihak bank telah melihat ccris kamu dan mendapati ia “ tidak cantik” , mereka akan terus menolak permohonan.

Yang tak sedap tentang penolakkan ialah, mereka mempunyai rekod mengapa mereka menolak permohonan anda.

Andai kata, dalam masa setahun anda mempunyai ccris report yang cantik dan anda cuba untuk membuat pinjaman, mereka akan meneliti balik fail lama dan Ccris report.

Fail lama tidak akan dipadamkan sampai bila-bila malah akan dijadikan rujukan. Apabila meneliti fail lama anda, mereka akan mengetahui karakter lama.

     Kemungkinan untuk permohonan anda ditolak masih tinggi. CCRIS report hanya akan menunjukkan pembayaran balik selama setahun tapi fail lama akan disimpan sampai bila-bila.

      Kadang-kadang kami akan menyuruh pelanggan untuk mencetak dulu ccris report sebelum menghantar permohonan pinjaman ke bank.


=================
Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Kewangan Hartanah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Nasri 019 370 2629

No comments:

Post a Comment