Monday, April 17, 2017

Mengapa Orang Buat Refinancing Caranya Bagaimana


Pembiayaan semula rumah atau refinancing adalah satu proses pertukaran gadaian dari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Contoh institusi kewangan di malaysia seperti bank, MBSB, syarikat atau organisasi yang menyediakan pakej pembiayaan kepada kakitangan. Selain itu juga, rumah yang tidak mempunyai gadaian dengan mana-mana institusi kewangan juga boleh membuat pembiayaan semula.

Pembiayaan semula rumah mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Bagi pelabur hartanah, pembiayaan semula hartanah adalah satu teknik bagi menambah koleksi hartanah apabila hasil daripada pembiayaan semula dijadikan modal bagi membeli rumah. Sebaliknya bagi orang yang tidak bijak menguruskan kewangan, pembiayaan semula akan meningkatkan bebanan hutang untuk jangkamasa pendek dan panjang. Oleh itu pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan yang bertauliah.

Tips Ketahui Harga Rumah Terkini



Adakah bila anda renovate rumah, harga semasa rumah anda akan meningkat?
Hari ni admin nak share bagaimana nak dapatkan harga pasaran rumah sekarang. Harga pasaran rumah adalah penting supaya kita dapat bayaran yang setimpal bila kita biaya semula atau refinace rumah kita.

Harga pasaran semasa penting bagi anda yang merancang untuk pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai. Berikut cara mendapatkan harga pasaran semasa :

# 1. Rujuk Iklan Rumah Untuk Dijual
Guna enjin carian google bagi mendapat info berkenaan rumah untuk dijual di kawasan anda. Selain itu boleh rujuk portal jual beli hartanah seperti iproperty, propertyguru, propwall atau mudah.my.
Cuba dapatkan 2-3 iklan yang hampir sama dengan rumah anda. Anggaran harga pasaran kebiasaannya kurang RM 5,000 ke RM 10,000 dari harga iklan tersebut.

#2. Ejen Hartanah
Daripada iklan rumah untuk dijual seperti di #1, boleh hubungi ejen hartanah tersebut berkenaan harga pasaran semasa. Selalunya ejen hartanah akan mendapatkan harga pasaran semasa sebelum naikkan iklan.

#3. Pegawai Bank
Anda boleh pergi terus ke cawangan bank berhampiran. Sekiranya pegawai bank tersebut tidak maklumat mengenai harga pasaran rumah anda, pegawai tersebut akan rujuk panel jurunilai bank tersebut.

Sunday, March 12, 2017

Tuesday, February 28, 2017

Pembiayaan Semula Rumah @ Refinancing


Pembiayaan semula rumah atau refinancing adalah satu proses pertukaran gadaian dari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Contoh institusi kewangan di malaysia seperti bank, MBSB, syarikat atau organisasi yang menyediakan pakej pembiayaan kepada kakitangan. Selain itu juga, rumah yang tidak mempunyai gadaian dengan mana-mana institusi kewangan juga boleh membuat pembiayaan semula.

Pembiayaan semula rumah mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Bagi pelabur hartanah, pembiayaan semula hartanah adalah satu teknik bagi menambah koleksi hartanah apabila hasil daripada pembiayaan semula dijadikan modal bagi membeli rumah. Sebaliknya bagi orang yang tidak bijak menguruskan kewangan, pembiayaan semula akan meningkatkan bebanan hutang untuk jangkamasa pendek dan panjang. Oleh itu pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan yang bertauliah.

Monday, February 27, 2017

6 Faktor Perlu Pembiayaan Semula (Refinancing)



Pembiayaan Semula atau lebih sinonim disebut ‘refinancing‘, merupakan salah satu cara pelabur hartanah mendapatkan modal untuk meneruskan pembelian hartanah berikutnya.
Malah cara ini turut dijadikan silibus pilihan bagi kebanyakan modul seminar hartanah dan turut dimuatkan ke dalam setiap buku berkaitan pelaburan hartanah.
Tetapi masih ramai yang kurang pasti tentang keperluan pembiayaan semula ini. Akibatnya ramai yang sekadar mengikut orang dan hasilnya, lebihan wang yang diperoleh menjadi sia-sia sahaja.
Bagi memudahkan khalayak pembaca untuk membuat keputusan berkaitan perkara ini, di sini saya sertakan beberapa faktor yang perlu anda perhalusi sebelum membuat keputusan samaada perlu atau tidak pembiayaan semula ini dilakukan.

Sunday, February 26, 2017

Semak Baki Hutang Sebelum Jual @ Refinance Rumah



Kali ni tajuk yang dipilih nampak ringkas sahaja tetapi memberi impak yang besar sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Ia akan memberi kesan yang agak besar kerana pemilik hartanah atau rumah perlu mengeluar duit sendiri di atas kesilapan yang berlaku. Kesilapan yang boleh dielakkan sekiranya menyemak baki hutang daripada pihak bank atau mana-mana institusi kewangan sebelum membuat keputusan menjual rumah atau membuat pembiayaan semula (refinancing).

Bagi yang merancang untuk menjual rumah dalam masa terdekat, anda digalakkan mendapatkan jumlah baki hutang bagi rumah tersebut. Baki hutang tersebut akan menentukan berapa keuntungan yang akan diperolehi apabila rumah tersebut terjual.

Friday, February 24, 2017

“BERBALOI KE NAK REFINANCE?”


Ini antara soalan paling popular:

“BERBALOI KE NAK REFINANCE?”
Secara umumnya pasaran hartanah di Malaysia meningkat setiap tahun dan peningkatan ini memberikan kelebihan kepada pemilik hartanah. Oleh itu pembiayaan semula rumah (refinance) akan memberi lebihan wang tunai hasil peningkatan ini.
Lebihan tunai ini sesuai bagi anda memerlukan modal bagi pelaburan samada emas atau perak, duit deposit pembelian rumah, modal ubahsuai rumah (renovation) dan sebagainya.
Maksimum lebihan tunai adalah 90% daripada harga pasaran semasa ditolak dengan baki pembiayaan sediaada. Jumlah lebihan tunai boleh diambil maksimum atau sebahagian.

Featured Post

Refinance Dapat Turunkan Interest???

Ada yang bertanya berkenaan kempen kami berkenaan  # pembiayaanSemula  dan dapatkan  # lebihanTunai  atau cash out. "Boleh ke ...